Isnin, 24 November 2014

BUNGA TANGAN PELENGKAP PENAMPILAN


Tidak ada serinya sang mempelai tanpa bunga tangan digenggaman. Bunga tangan menjadi pelengkap kepada mempelai untuk mengurangkan rasa gementar selain mewujudkan rasa tenang sementara menunggu kedatangan si dia.

Kalau dahulu bunga-bunga segar sering menjadi pilihan kerana kesegaran dan keharumannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan bunga tangan artifisial, kini tidak lagi apabila mempelai memikirkan banyak faktor yang perlu diambil kira dalam gubahan bunga tangan ini, mempelai lebih selesa memilih bunga jenis ini di hari persandingan mereka. Menggunakan bunga dan hiasan juraian manik, bunga tangan nampak ekslusif dan menawan.
Gubahan bunga merupakan pelengkap gaya ketika majlis. Banyak faktor-faktor bunga tangan dipilih, selain tahan lebih lama ataupun mudah dibawa kerana ringan jika dibandingkan dengan bunga segar. Serikan dengan manik sebagai pelengkap bunga yang indah.

#Pesonapengantin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan